KEJOHANAN MEMANAH SPTS KEBANGSAAN 25-30 NOVEMBER 2012

P1040486P1040481P1040466P1040387P1040360P104034220121129_18063320121129_17380520121129_162224

Pada tarikh 25-30 hb November 2012, beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah telah terpilih untuk mewakili negeri Johor ke Kejohanan Memanah Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) peringkat Kebangsaan yang diadakan di Institut Pendidikan Guru Temenggung Ibrahim, Larkin, Johor Bahru. Mereka yang terpilih adalah hasil kejayaan yang diperolehi semasa pertandingan SPTS yang diadakan di peringkat negeri Johor sebelum ini. Mereka yang terpilih adalah Daniel Hakim Mohamad Kasim, Abdullah Marwan bin Mohd Khair dan Muhammad Syahmi bin Shahron.

Pertandingan yang diadakan menggunakan format berpasukan yang menggabungkan markah setiap individu lelaki dan perempuan daripada setiap negeri dengan 2 jarak yang dipertandingkan iaitu 50 meter dan 30 meter. Alhamdulillah setelah berhempas pulas, mereka telah berjaya membantu negeri Johor untuk menduduki tempat ke-4 keseluruhan di belakang Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas kejayaan cemerlang ini. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama kepada Pengerusi Lembaga, Prof Md Nor Bakar, Pengetua SMIH Ustazah Fauziah binti Ab Salam dan semua guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s