KEJOHANAN MEMANAH SPTS JOHOR 2012

This slideshow requires JavaScript.

Pontian, 28-30 September 2012. Pemanah-pemanah Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menunjukkan kehebatan apabila mendapat tempat ke-3 dalam kategori masing-masing.

Daniel Hakim bin Mohamad Kasim dan Muhammad Syahmi bin Shahron telah mendapat tempat ke-3 dalam kategori masing-masing iaitu Lelaki 14 tahun dan Lelaki 13 tahun di Kejohanan Memanah Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) peringkat negeri Johor yang diadakan di Stadium Mini, Pontian. Kejayaan kedua-dua pemanah ini telah membolehkan pasukan daerah Johor Bahru menjadi Johan Keseluruhan bagi edisi 2012 ini.

Kejayaan ini juga telah membolehkan kedua-dua pemanah ini mewakili negeri Johor ke Kejohanan Memanah SPTS peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 9-11 November 2012 di Johor Bahru. Kita doakan agar mereka terus cemerlang mengharumkan nama sekolah dan membawa syiar Islam ke peringkat kebangsaan pula. Insyaallah.

Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah terutamnya Pengerusi Lembaga, Prof Md Nor Bakar, Pengetua Puan Fauziah Ab Salam dan guru-guru pengiring En Ezaidin Norman dan En Norshahfie Sadikin yang benyak memberi dorongan, sokongan dan kerjasama bagi merealisasikan kejayaan ini menjadi kenyataan. Kita doakan agar sukan memanah ini terus menjadi salah satu daripada wadah tarbiyah kepada semua warga sekolah di dalam dan di luar Hidayah.

Kejayaan ini juga diharapkan agar terus menarik minat pelajar-pelajar lain untuk sama-sama menyertai pasukan sekolah bagi terus mengukuhkan prestasi sekolah ke peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Insyaallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s