SOUTH EAST ASIA YOUTH INVITATIONAL ARCHERY COMPETITION 2012

SOUTH EAST ASIA YOUTH INVITATIONAL ARCHERY COMPETITION 2012


Pada 21-24 Jun 2012, Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru, sekolah rendah dan menengah (The Archers) telah menyertai South East Asia Youth Invitational Archery Competition 2012 yang diadakan di Cedar Primary School, Singapura. Pertandingan ini telah dianjurkan buat kali pertama oleh Potong Pasir Community Sports Club, Singapura dan disertai oleh lebih 200 orang pemanah dari kelab-kelab di seluruh Asia Tenggara termasuk Singapura, Malaysia dan Filipina.

Sepanjang pertandingan tersebut The Archers telah menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila tidak pulang dengan tangan kosong, apabila Abdullah Marwan bin Mohd Khair telah berjaya mendapat tempat ke-3 bagi kategori Individu Lelaki 14 Tahun, manakala Muhammad Arieff Haikal bin Ezaidin pula menduduki tempat ke-6 bagi kategori Individu Lelaki 12 Tahun.

Selain daripada itu, The Archers yang dibarisi oleh Abdullah Marwan bin Mohd Khair, Daniel Hakim bin Mohamad Kasim dan Muhammad Syahmi bin Shahron terus membanggakan apabila menduduki tempat ke-3 bagi kategori Berpasukan Pusingan Olimpik bagi kategori Lelaki 14 Tahun, manakala bagi kategori Lelaki 12 Tahun, The Archers yang dibarisi oleh Muhammad Arieff Haikal bin Ezaidin, Ismael bin Rosbi, Muhammad bin Rosbi dan Muhammad Anfal Nubli bin Mohd Bahrin telah mendapat Naib Johan bagi kategori Berpasukan Pusingan Olimpik Lelaki 12 Tahun.

Kejayaan yang membanggakan ini adalah hasil daripada latihan berterusan sepanjang tahun yang diadakan 3 kali seminggu selepas Asar di padang sekolah. Ia juga adalah hasil sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi yang ditunjukkan oleh Puan Pengetua Ustazah Fauziah binti Ab Salam dan Guru Besar Ustazah Rohaida binti Ridzwan. Tidak lupa kepada jurulatih dan guru pengiring Ustaz Ezaidin bin Norman, Encik Mohd Yazid bin Salikin dan Encik Norshahfie bin Sadikin atas komitmen yang diberikan sepanjang berlangsungnya pertandingan ini. Jazakumullah kepada semua guru dan pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung juga atas doa yang tidak putus-putus diberikan kepada The Archers. Semoga The Archers terus gigih dan kuat dalam membantu mengembangkan Dakwah Islamiyah ke seluruh pelusuk dunia. Insyaallah.

DA’WA THROUGH SPORTS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s