HIDAYAH ARCHERS MENGUNGGULI SAINGAN MSSD JOHOR BAHRU

This slideshow requires JavaScript.

Hidayah Archers telah berjaya mengungguli saingan di Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah (MSSD) Johor Bahru yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara pada hari Sabtu 11 Februari 2012 baru-baru ini. Pada kejohanan tersebut, Hidayah Islamic School telah menghantar kontinjen terbesar dalam sejarah MSSD Johor Bahru iaitu seramai 19 orang peserta bagi semua kategori Lelaki/Perempuan 12 Tahun, Lelaki/Perempuan 15 Tahun dan Lelaki/Perempuan 18 Tahun. Setelah dikejutkan dengan bayaran sebanyak RM50 untuk seorang peserta (RM950 keseluruhan), mereka ternyata tidak menghampakan apabila mengungguli hampir kesemua saingan kategori yang dipertandingkan. Lebih manis, apabila terdapat seorang Archer kita yang berjaya menewaskan seorang pemanah pelapis SUKMA Johor. Alhamdulillah.

Kontinjen kali ini juga diperkuatkan dengan Junior Archers yang masih berada di Tahun 3 sebagai pendedahan untuk persiapan menghadapi saingan tahun 2013 dengan harapan Junior Archers ini akan menjadi pelapis kepada abang-abang dan kakak-kakak mereka yang ke kategori yang lebih tinggi. Insyaallah.

Berikut adalah keputusan penuh kejohanan tersebut yang melibatkan Hidayah Archers.

KATEGORI L12 TAHUN

1. Muhammad Arieff Haikal bin Ezaidin – JOHAN

2. Ismael bin Rosbi – NAIB JOHAN

3. Muhammad bin Rosbi – KETIGA

KATEGORI P12 TAHUN

1. Nursofie Batrisyia binti Sanip – JOHAN

2. Nurin Hanisah binti Shahrin – NAIB JOHAN

3. Nurul Fatihah binti Ahmad – KETIGA

KATEGORI L15 TAHUN

1. Daniel Hakim bin Mohamad Kassim – JOHAN

2. Abdullah Marwan bin Mohd Khair – KETIGA

KATEGORI P18 TAHUN

1. Maisarah binti Kursus @ Othman – JOHAN

KATEGORI L18 TAHUN

1. Ungku Muhammad Asyraaf bin Ungku Mohsin – KETIGA

Kejayaan yang dicapai di atas tentunya adalah berkat sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi daripada pihak sekolah SRIH dan SMIH terutamanya kepada Ustazah Fauziah binti Ab Salam (Pengetua SMIH) dan Ustazah Rohaida binti Ridzwan (Guru Besar SRIH) yang banyak memberi sokongan, tidak lupa juga kepada guru-guru pengiring Us Azri bin Ali, En Shafie bin Sadikin (SMIH), Us Md Nor bin Omar, Us Salleh (SRIH) yang banyak membantu ana (Us Ezaidin bin Norman) dalam melatih dan menguruskan Hidayah Archers ke kejohanan berkenaan.

Selepas ini, 10 orang Hidayah Archers di atas telah terpilih untuk mewakili daerah Johor Bahru, ke Kejohanan Memanah MSSJ (peringkat Negeri Johor) yang akan diadakan di daerah Pontian pada hujung bulan Februari ini. Doakan kejayaan yang berterusan kepada anak-anak Hidayah Archers ini, semoga lebih cemerlang dalam menyebarkan dakwah melalui sukan SUNNAH Nabi Muhammad S.A.W ini. Insyaallah. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s