MENJANA DANA DARIPADA WANG BANTUAN KERAJAAN

Sebagaimana sedia maklum pihak Kerajaan telah membuat keputusan memberi bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah. Di antara yang akan mendapat manfaat adalah Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH). Oleh kerana SRIH dan SMIH tergolong dalam sekolah swasta, pemberian RM100 hanya akan dilakukan pada sekitar Disember 2011.

Ramai di kalangan ibu bapa yang telah menyuarakan hasrat untuk mendermakan RM100 itu kepada tabung Dana Hidayah. Seperti sedia maklum, Dana Hidayah adalah tabung khas untuk pembangunan fizikal SRIH dan SMIH. Pihak sekolah telah menerima idea ini sebagai satu yang sungguh mulia dan bersetuju dengannya. Jika idea yang baik ini dilaksanakan sepenuhnya, Dana Hidayah dijangka mendapat dana sebanyak = RM169,200 (100x(1047+645)).

Namun, pada dasarnya pihak kerajaan telah menetapkan wang RM100 mesti diserahkan sepenuhnya oleh sekolah kepada ibu bapa pelajar. Oleh yang demikian, bagi ibu bapa yang bersetuju untuk mendermakannya kepada Dana Hidayah, langkah berikut perlu dilakukan:

1. Ibu dikehendaki datang ke Pejabat Sekolah Islam Hidayah untuk menandatangani borang menerima wang> Borang ini telah disediakan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Ini adalah ketetapan yang telah diputuskan oleh (JPN).

2. Bagi ibu bapa yang berminat mendermakan kepada Dana Hidayah perlu mengisi dan menandatangani borang Derma Dana Hidayah.

Semoga usaha kita kana diterima Allah SWT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s