KEJOHANAN MEMANAH SPTS ZON SELATAN 2011

This slideshow requires JavaScript.

Pada tanggal 21-23hb Oktober yang lepas, pihak Pusat Latihan Daerah (PLD) Johor Bahru telah memilih 2 orang pemanah Hidayah untuk menyertai Kejohanan Memanah Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) peringkat Zon Selatan yang diadakan di Kolej Mara di daerah Ledang, Johor. Kejohanan ini melibatkan 3 buah negeri iaitu dari Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Terdapat lebih 200 orang pelajar menyertai pertandingan tersebut daripada pelbagai kategori. Selain acara memanah, acara badminton dan bola sepak juga dipertandingkan. Acara memanah dijalankan dengan 2 kategori iaitu LP 13  dan LP 14 tahun khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2.

Dalam pertandingan tersebut The Archers yang diwakili Daniel Hakim bin Mohd Kassim telah mendapat tempat ke-4 bagi kategori L13 bagi jarak 30 meter. Manakala bagi acara 50 meter menduduki tempat ke-10. Seorang lagi Archer, Muhammad Arieff Haikal bin Ezaidin mendapat tempat ke 6 bagi jarak 30 meter, dan ke 8 bagi jarak 50 meter. Secara keseluruhannya, Daniel Hakim mendapat tempat ke-5 manakala Muhammad Arieff Haikal pula di tempat ke-6 dengan perbezaan 2 mata.

Tahniah kepada The Archers atas prestasi yang membanggakan khususnya kepada Daniel Hakim memandangkan ini adalah kejohanan pertama beliau dalam arena memanah. Bagi adik Haikal, teruskan usaha anda untuk terus berjaya pada masa-masa akan datang. Takbir!!! Allahu Akbar!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s