SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Musim peperiksaan sudah kembali, hampir semua lapisan individu yang bergelar pelajar sedang sibuk mempersiap diri dan tidak kurang juga yang sedang bertarung menghadapi peperiksaan. Bagi adik-adik di Tahun 6, hari ini adalah permulaan Peperiksaan UPSR yang akan berlangsung dari 13-15 September 2011, manakala abang-abang dan kakak-kakak di Tingkatan 5 pula sedang bertarung menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM yang sudah pun seminggu bermula dari iaitu 5-27 September 2011. Bagi pelajar yang tidak menghadapi peperiksaan, harus diingat bahawa Peperiksaan Akhir Tahun bakal menjelang tiba. Adik-adik di sekolah rendah Tahun 1-5, adik-adik semua ada hanya kira-kira 2 minggu sahaja lagi untuk Final Exam. Bagi abang-abang dan kakak-kakak di Tingkatan 1,2 dan 4 akan bermula pada 17 Oktober 2011. Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3, Penilaian Menengan Rendah (PMR) akan membuka tirainya pada 4-11 Oktober 2011. Marilah sama-sama kita tingkatkan usaha untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Jangan berhenti berdoa memohon anugerah kejayaan daripada Allah SWT. Good Luck. Semoga anda semua berjaya dunia dan akhirat. Insyaallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s