MAJLIS PENGHARGAAN QIYADAH

This slideshow requires JavaScript.

Jumaat, 9/9/2011, pihak Sekolah Menengah Islam Hidayah telah mengadakan Majlis Penghargaan Qiyadah bagi sesi 2010/2011 di Dewam Al Qadisiyyah pada jam 4:30 hingga 6:30 petang. Majlis tersebut dihadiri oleh Puan Pengetua, Ustazah Fauziah binti Ab Salam, Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah Pelajar (PSP), Ustazah Normah binti Mohamad, Penolong Kanan Akademikm Ustazah Seri Juli Emas Wati binti Adnan dan ramai guru lain yang turut sama meraikan majlis yang julung-julung kali diadakan ini. Majlis ini diadakan khusus untuk memberikan sedikit penghargaan kepada para Qiyadah SMIH di atas peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka sepanjang tahun 2010/2011. Seterusnya para guru dan Qiyadah telah dijamu dengan hidangan yang tidak kurang enaknya yang ditempah khas dari dalam dan luar sekolah. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua Qiyadah di atas usaha dan komitmen yang diberikan kepada pihak sekolah dalam melancarkan lagi perjalanan sekolah pada sesi yang berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s