PERHIMPUNAN MINGGU KE-32

This slideshow requires JavaScript.

7 September 2011 (9 Syawal 1432H), Perhimpuan Minggu ke-32 telah dipengerusikan oleh Abdullah Azzam bin Sufian. Majlis dimulakan dengan pelaporan guru bertugas sepanjang minggu lepas yang disampaikan oleh Ustaz Kasmuri bin Pohan. Beberapa perkara yang disentuh oleh beliau ialah berkaitan dengan kebersihan sekolah, keadaan pelajar SMIH yang kebanyakannya tidur di masjid semasa khutbah Jumaat dan penekanan kepada larangan pemakaian selipar di sepanjang waktu persekolahan. Seterusnya beliau mengumumkan pemenang-pemenang pertandingan kebersihan dan keceriaan. Berikut adalah pemenang-pemenangnya:-

1)  Kategori Menengah Rendah – 2 Islah

2)  Kategori Menengah Atas – 4 Ittihad

3)  Kategori Dorm Banin – Syed Qutb

4)  Kategori Dorm Banat – Wafa’

Majlis diteruskan dengan ucapan Puan Pengetuan Ustazah Fauziah binti Ab Salam. Beliau memulakan ucapan dengan bertanyakan khabar dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Beberapa perkara yang disentuh beliau sepanjang ucapannya iaitu:-

1)  mengekalkan nilai-nilai positif yang diamalkan di bulan Ramadhan

2)  membuktikan keberhasilan (kesan) daripada bulan Ramadhan

  • perubahan diri yang positif
  • tidak merasa mudah untuk membuat dosa
  • tidak mengulang membuat dosa
  • mengawal diri (disiplin)

3)  membudayakan bi’ah solehah.

4)  إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُواْ عَنْهَا لاَ تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاء وَلاَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ  Surah Al A’raf  40. Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit[540] dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum[541]. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan.

5)  fokus kepada persediaan menghadapi peperiksaan khususnya kepada pelajar-pelajar F3 dan F5 dengan menguruskan emosi masing-masing

Majlis kemudiannya diteruskan dengan pengumuman oleh Ustazah Zanaria binti Selamat yang mengingatkan kepada semua pelajar supaya menghantar Konstruk SPPIM kepada mentor masing-masing semasa Program Mutiara Akhlak.

Akhir sekali, PK HEP Ustazah Wan Nor Aini binti Wan Hamzah menyentuh beberapa perkara penting iaitu:-

1)  pemansuhan jamuan kelas akhir tahun dan digantikan dengan jamuan hari raya kelas yang akan diadakan pada 29/9 pada pukul 11:05 hingga 1:00 petang

2)  larangan makan dan minum di dalam kelas kecuali air kosong sahaja

3)  arahan bersegera mengerjakan solat (asar) berjemaah

4)  peringatan beratur dan mendahulukan adik-adik SRIH ketika menaiki bas

5)  peringatan memaklumkan kepada ibubapa tentang larangan ke sekolah melalui pintu belakang

6)  peringatan Jalinan Mesra F3 yang akan diadakan pada hari Jumaat ini di bangunan Tahfiz di kelas F2.

Majlis diakhiri dengan beberapa pengumuman dan seterusnya dengan Tasbih Kaffarah serta Surah Al-Asr.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s