PERADUAN MELUKIS POSTER NATIONAL SPACE CHALLENGE 2011

Cabaran Angkasa Negara (NSC) merupakan satu program pendidikan yang direka khas dalam usaha untuk memupuk bakat dan minat seawal mungkin terutamanya di kalangan pelajar sekolah rendah terhadap kefahaman tentang astronomi dan sains angkasa. Program ini dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu program pendidikan merentas kurikulum sekolah rendah setiap tahun.
NSC telah memasuki tahun ke-14 sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1997 sebagai Kuiz Sains Angkasa Piala Perdana Menteri peringkat sekolah rendah. Semenjak tahun 2005, proses pemilihan pelajar ke pertandingan akhir telah diberi nafas baru di mana pelajar dikehendaki melalui proses pembelajaran yang lebih mendalam dari segi pendedahan secara amali. Konsep ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak khususnya pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah. Ia terbukti merevolusikan program sains di Malaysia dan menjadi satu penanda aras baru bagi program pendidikan sains pada masa hadapan. Harapan ANGKASA agar program ini akan terus sentiasa mencetus bakat dan minat lebih ramai generasi muda tempatan dalam menerokai bidang sains angkasa dan memahami manfaat angkasa sebagai wadah bagi penjanaan ilmu.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar sekolah rendah dan menengah dalam daerah Johor Bahru adalah dipelawa untuk menyertai Peraduan Melukis Poster NSC 2011 yang bertemakan “The Next 50 Years in Space”. Tarikh tutup penyertaan peringkat JPN adalah pada 16 September. Pelajar-pelajar yang berminat boleh memuat turun maklumat dan borang penyertaan di bawah. Semua hasil kerja yang siap hendaklah dihantar kepada Ustaz Ezaidin selewat-lewatnya pada 14 September 2011 sebelum pukul 4:00 petang. Penghantaran hasil kerja selepas dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan tidak dilayan.

Surat Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Kementerian Pelajaran Malaysia

Syarat Dan Borang Penyertaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s