KUARTET JAMAICA PECAH REKOD 4X100

Vodpod videos no longer available.

Usain Bolt memimpin kuartet Jamaica menjuarai acara 4×100 meter dengan catatan masa 37.04 saat yang merupakan rekod baru dunia pada hari terakhir Kejohanan Olahraga Dunia, semalam. Kuartet yang dianggotai Nesta Carter, Michael Frater, Yohan Blake dan Bolt memadamkan rekod sebelum ini iaitu 37.10 saat. Ia satu-satunya rekod dunia yang dicipta pada kejohanan dunia edisi ke-13 ini yang melabuhkan tirai selepas selesainya acara terakhir itu. Perancis meraih pingat perak dalam masa 38.20 saat, sementara gangsa jatuh kepada Saint Kitts dan Nevis yang menamatkan perlumbaan dalam 38.49 saat. Pasukan pilihan, Amerika Syarikat gagal menamatkan saingan selepas pelari ketiganya, Darvis Patton berlanggar dengan pelari Britain dan terjatuh sebelum sempat menghulur baton kepada rakan sepasukan, Walter Dix. Kuartet Britain juga gagal meneruskan perlumbaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s