12 UCAPAN MENARIK HARI RAYA AIDILFITRI MENERUSI SMS

ANTARA 12 UCAPAN MENARIK SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI MENERUSI SMS

BIL

UCAPAN

1

“Nyimpen Jenang Nang Jero Tin, Arek Digowo Mareng Suro, Keluputan Kulo Lahir Batin, Salah Silap Njalok Ngapuro. Slamat Dino Bodo Royo” – Azlan Aris

2

“Ramai Bersangka, Ramadhan Bulan Ibadah, Sedikit Pula Berpegang, Syawal Jua Bulan Ibadah, Di Madrasah Ramadhan, Si Hati Memupuk Taqwa, Mendidik Dengan Jangan Makan Di Siang Hari, Kelihatan Atau Tidak, Allah Tetap Nampak Katanya, Itulah Rasa Ihsan Rupanya, Tapi Bila Syawal Menjelma, Pudar Pula Rasa Ihsannya, Padahal Itulah Rasa Yang Sama, Yang Patutnya Kekal Dihati Dan Jiwa, Iaitu Dengan Menolak Atau Memilih, Samada Menjadi Pelaku Noda Dosa Atau Pelaku Amal Soleh. Sama-Samalah Kita Mengekalkan Rasa Ihsan Itu Di Luar Ramadhan, Kerana Belum Tentu Kita Akan Bertemu Ramadhan Lagi Di Tahun Hadapan” – Zakaria Japri

3

“Pejam Celik Pejam Celik Dah Sebulan Puasa, Pejam Celik Pejam Celik Dah Nak Raya, Sebelum Pejam Tak Celik-Celik, Eloklah Saya Mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin” – Rosli (MSSD Ledang)

4

“Pergi Ke Sungai Di Waktu Pagi, Untuk Memancing Si Ikan Patin, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin” – Jamil (JPN Johor)

5

“Dalam Kerendahan Hati Ada Ketinggian Budi, Dalam Kemiskinan Harta Ada Kekayaan Jiwa, Dalam Kelembutan Lidah Ada Juga Keterlanjuran Kata, Dalam Gurau Dan Senda Ada Khilaf Dan Dosa” – Faisal Abdullah

6

“Di Sekitar Arasy Ada Menara-Menara Dari Cahaya, Di Dalamnya Ada Orang-Orang Yang Pakaiannya Dari CahayaDan Wajah Mereka Bercahaya, Dan Mereka Bukan Para Nabi Dan Syuhada Hingga Para Nabi Dan Syuhada Kagum Kepada Mereka. Ketika Ditanya Oleh Para Sahabat, Rasulullah SAW Menjawab, “Mereka Adalah Orang-Orang Yang Saling Mencintai Kerana Allah, Saling Bersahabat Kerana Allah, Saling Berkunjung Kerana Allah Dan Saling Memaafkan Kerana Allah”. – Aini Sajaya

7

Biar Kulit Segelap Almond London, Asalkan Hati Sesuci Kuih Bangkit, Biar Iman Sekental Dodol, Jangan Senipis Rempeyek, Biar Jiwa Selembut Baulu, Asalkan Hati Secantik Biskut Dahlia, Senyumlah Semanis Wajik, Agar Lebaran Yang Disambut Lebih Bermakna.” – Suhaila (Pekan Nenas)

8

“Andai Jemari Tak Sempat Berjabat, Jika Raga Tak Bisa Bersua, Bila Ada Kata Membekas Luka, Semoga Pintu Maaf Masih Terbuka, Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin.” – Muhd Syafiq

9

“Pelita Dipasang Tanda Kemeriahan, Kuih Dibuat Tanda Hubungan, Kereta Berjalan Tanda Nak Balik Kampung, Mercun Berbunyi Tanda Nak Rayala, Semoga Raya Tahun Ini Membawa Kerahmatan Dan Keberkatan Kepada Kita.” – Fatah (SSBP)

10

Ya Allah, Di Saat Menjelang Syawal Dan Berakhir Ramadhan, Engkau Ceriakan Dan Bahagiakan Keluarga Penerima Ucapan ini, Limpahkan Rahmatmu, Berkati Umurnya, Jauhkan Daripada Fitnah, Dan Suburkan Benih Keimanan.” – Zamri (MSSD Pengerang)

11

Ya Allah, Engkau Muliakan Dan Sayangi Penerima Ucapan Ini, Berkati Keluarganya, Sihatkan Tubuh Badannya, Limpahkan Rezekinya, Jauhkan Daripada Fitnah, Penganiayaan Dan Penghinaan, Suburkan Benih Keimanan Dengan Penuh Rasa Kasih Sayang Serta Taqwa, Makbulkan Cita-Citanya Yang Murni.” – Faizul Aris

12

“Jika Kesilapan Semalam Belum Terampun, Maafkanlah, Jika Kesilapan Hari Ini Menyakitkan, Lupakanlah, Jika Kesilapan Esok Mendatang, Janganlah Di Bawa Ke Akhirat, Inginku Menyusun Sepuluh Jari.” – Bibik Besah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s