SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-54

Semangat cintakan negara yang bebas daripada penjajahan dan kini di tadbir mengikut acuan sendiri sejajar menyedarkan rakyat mengenai kepentingan memelihara keharmonian negara yang menjadi tuntutan sebahagian di dalam islam. Sabda Rasululluh SAW yg bermaksud ” cintakan tanah air itu separuh daripada iman”.Kecintaan kuat kepada tanah air adalah obor pencetus semangat untuk membawa kemajuan setiap warga negara bagi sama sama memikul tangungjawab mengekalkan kemerdekaan atau memajukan negara malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.kemerdekaan adalah nikmat terbesar kurniaan ALLAH taala kepada semua masyarakat di malaysia tidak mengikut seperlunya kita sebagai hamba ALLAH perlu bsyukur dengan kurniaan tersebut. Jasa jasa pejuang terdahulu mestilah kita kenang dan di sanjung kerana memperjuangkan kemerdekaan ini. Jihad dan pengorbanan untuk memastikan kemerdekaan negara daripada di belenggu penjajahan seperti di lakukan bekas pejuang hendaklah di ambil ikhtibar kepada semua lapisan kanak kanak remaja dewasa mahupun warga emas. Kedatangan islam itu juga membawa mesej dan jelas membawa kemerdekaan. Islam menyeru umatnya membebaskan diri daripada di belenggu kejahilan. Membebaskan diri dari sistem penghambaan dan cengkaman musuh dalam apa jua bentuk. Islam yang syumul meletakkan kesejahteraan keharmonian kedamaian dan keamanan pada martabat paling puncak. hakikat ini dapat di lihat pada perkembangan awal islam di mana Rasulullah SAW berusaha membawa kamakmuran kota Madinah dan memerdekakan kota Makkah daripada cengkaman kafir Quraisy. Islam juga bersifat merdeka dalam maksud jihad. Membebaskan diri dari terjerumus keruntuhan moral serta tingkah laku buruk yang boleh membawa kemurkaan ALLAH SWT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s