TEAM DE’ PIKIR CEMERLANG DI UIA

This slideshow requires JavaScript.


 Cita-cita Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) untuk menjuarai Debat Bahasa Inggeris dalam Interschool Debating Championship (IDC) akhirnya tercapai juga setelah menundukkan sekolah berasrama penuh ternama Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) Seremban, di pertandingan akhir The 10th Interschool Debating Championship 2011. BI SMIH telah diwakili oleh Nur Dalila binti Kahar Osman, Maryam Liyana binti Ahmad Termizi Ramli dan Huzaifah bin Adnan.

Pada pertandingan yang sama, pasukan debat Bahasa Arab SMIH (BA SMIH) telah mendapat naib johan setelah tewas di tangan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu. Di peringkat akhir, pasukan  BA SMIH telah diwakili oleh Nurshahirah binti Abd Rahman, Nurul Abrar binti Md Isa Man, Abdullah Azam bin Sufyan dan Yusof bin Zamani sebagai pendebat simpanan. Pasukan debat Bahasa Melayu SMIH (BM SMIH) pula tidak kurang hebatnya apabila mara sehingga ke separuh akhir. Di peringkat suku akhir BM SMIH telah mengalahkan juara Piala Perdana Menteri (PPM 2011) iaitu Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh.  BM SMIH gagal ke peringkat akhir setelah ditewaskan di peringkat separuh akhir oleh SDAR Seremban.  Pasukan SDAR inilah yang akhirnya menjadi johan setelah menewaskan SMAP  Kajang.

IDC 2011 juga menyaksikan SMIH menonjolkan pendebat-pendebat terbaik.   Mereka ialah  Nur Dalila binti Kahar Osman (BI 3/246), Maryam Liyana binti Ahmad Termizi Ramli (BI 10/246), Syaima’ Amatullah  binti Hasanuddin Mohd Yunus (BM 7/240) dan Nurul Abrar binti Md Isa Man (BA 2/60). Angka dalam kurungan menunjukkan kategori bahasa dan paras pencapaian mereka berbading bilangan peserta. (dipetik daripada Laman Web SMIH)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s