KASIHNYA IBU……..(WAJIB BACA)

KISAHNYA BERMULA DI SINI

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. “Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,” begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga, biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

“Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!” Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”

Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang.

Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, “Nak kek lori sampah!”

Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah. Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, “Macam mana dengan abang?“ Mak jawab:“InsyaAllah, abang akan sihat!” Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: “Abang nak apa hari ni?” Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: “Mak, abang nak naik kereta bomba!” Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya, “Pergi mana?” Mak jawab: “Balai bomba!”

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!”

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: “Abang nak apa?” Abang jawab: “Abang nak naik lori sampah!” Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?” Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sanggup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi, semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!”Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. “Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!”Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: “Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. “Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!”

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia ini.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu.

Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!” Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. “Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?” Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. “Abang ngantuk!” Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. “Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.” Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: “Makkk..sakit perut..!” Dan abang terus memanggil: “Makkkkk!”. Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!” Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!”

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

“Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!“ Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah… Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: “Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langs

TEAM SMIH L15 NAIB JOHAN SAINGAN MSSD JOHOR BAHRU

This slideshow requires JavaScript.

Pasukan Bola Sepak SMIH L15 telah menunjukkan kesungguhan yang menakjubkan dalam saingan Kejohanan Bola Sepak MSSM Johor Bahru 2012 setelah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Setelah mengungguli saingan di peringkat kumpulan dengan memenangi kesemua perlawanan dengan jaringan 1-0, masing-masing dengan SMK Usman Awang, SMK Taman Universiti dan SMK Taman Pelangi. Dalam pusingan kedua, team Hidayah berjaya menundukkan SMK Aminuddin Baki juga dengan jaringan 1-0 untuk mara ke saingan suku akhir.

Di saingan suku akhir, SMK Dato Jaafar selaku Juara tahun lepas menjadi mangsa seterusnya setelah ditundukkan juga dengan jaringan 1-0. Hasil kemengan itu, membolehkan team Hidayah mara ke pusingan separuh akhir apabila bertemu dengan ‘musuh tradisi’ iaitu SMK Bandar Baru UDA yang seringkali menjadi penghalang kejayaan team Hidayah dalam saingan bola sepak. Namun berkat usaha gigih semua pihak terutama pemain-pemain sendiri, jurulatih En Khalid Mohamad, Us Mohd Syafiq Abdul Aziz dan guru-guru pengiring termasuk Us Azri, Us Ezaidin, Us Anas dan penyokong-penyokong yang terdiri daripada para alumni yang datang memberi sokongan, team Hidayah berjaya membenam ‘ego’ SMK BBU dengan kemenangan menerusi sepakan penalti di penghujung saingan.

Setelah kali terakhir mengungguli saingan MSSD di peringkat bawah L15 tahun pada tahun 2007, akhirnya tahun 2012 menjadi saksi kita berjaya melangkah lagi ke saingan final untuk bertemu dengan pasukan SMK Tasek Utara, team yang diketahui mempunyai ramai pemain berkualiti dari seluruh Johor kerana penyertaan dalam saingan Liga KPM peringkat kebangsaan. Namun apa yang membanggakan kami sebagai warga SMIH ialah semangat tidak menyerah kalah yang ditunjukkan oleh para pemain terutama setelah mendahului saingan dengan jaringan 1-0. Namun nasib tidak menyebelahi team Hidayah apabila mereka berjaya menjaringkan gol penyamaan di minit-minit akhir saingan yang membawa ke masa tambahan dan seterusnya ke saingan sepakan penalti yang menyaksikan kita tewas dengan 5-4.

Berikut adalah keputusan penuh:

Peringkat Kumpulan

1) SMIH vs SMK Taman Universiti      1 – 0 (jaringan Abdullah Mus’ab Mohd Aizaini)                                                                                                         2) SMIH vs SMK Usman Awang            1 – 0 (jaringan Abdullah Mus’ab Mohd Aizaini)                                                                                                            3) SMIH vs SMK Taman Pelangi           1 – 0 (jaringan Suhail Hishamuddin)

Pusingan Kedua

4) SMIH vs SMK Aminuddin Baki        1 – 0 (jaringan Abdullah Mus’ab Mohd Aizaini)

Suku Akhir

5) SMIH vs SMK Dato Jaafar                  1 – 0 (jaringan Ahmad Naufal Yahanis)

Semi Final

6) SMIH vs SMk Bandar Baru UDA      1 – 1 (jaringan Abdullah Mus’ab Mohd Aizaini) penalti 3 – 2

Final

7) SMIH vs SMK Tasek Utara                1 – 1 (jaringan Suhail Hishamuddin) penalti 4 – 5

Namun kita tetap berbangga dengan team Hidayah atas komitmen yang ditunjukkan oleh mereka. Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama kepada Pengerusi Lembaga, Prof. Md Nor Bakar, Pengetua, Ustazah Fauziah Ab Salam, Jurulatih, Coach Khalid Mohamad, Us Mohd Syafiq Abdul Aziz, Us Azri dan tidak lupa kepada Us Ezaidin yang turut memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan. Tahniah. Tahniah. Tahniah. Takbir!!! Allahu Akbar!!!.

TAHNIAH MUHAMMAD ARIEFF HAIKAL DAN ISMAEL

This slideshow requires JavaScript.

Pada 11-17 Mac 2012 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Kuantan, telah diadakan Kejohanan Memanah MSSM peringkat Kebangsaan peringkat umur 12, 15 dan 18 tahun bagi kategori lelaki dan perempuan. Dalam kejohanan tersebut, 2 orang wakil daripada Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) telah terpilih untuk mewakili negeri Johor ke pertandingan tersebut yang disertai kira-kira 60 orang peserta bagi setiap kategori yang dipertandingkan dari seluruh Malaysia.

Setelah menjalani latihan pusat yang memenatkan selama 10 hari di SMK Tasek Utara Johor Bahru dari seawal pukul 6.30 pagi sehingga 6.00 petang, selain mengambil kertas Ujian Bulanan 1 di sebelah malam bermula 8.00 sehingga 11.30 malam di Asrama Pusat Putera SMK Tasek Utara, ternyata pengorbanan yang diberikan sangat berbaloi.

Setelah mengungguli saingan di Kejohanan Memanah MSSJ peringkat negeri Johor baru-baru ini, kedua-dua wakil SRIH ini ternyata tidak menghampakan apabila berjaya membawa pulang kilauan pingat di kejohanan paling berprestij itu. Berikut adalah kejayaan anak-anak SRIH dalam kejohanan tersebut:-

Muhammad Arieff Haikal bin Ezaidin

1) Tempat Ke-3 bagi jarak 40 meter Kategori Lelaki 12 Tahun

2) Tempat Ke-3 bagi Kategori Berpasukan FITA Lelaki 12 Tahun

3) Tempat Ke-4 bagi Kategori Individu Keseluruhan FITA Lelaki 12 Tahun

4) Suku Akhir bagi Kategori Individu Pusingan Olimpik Lelaki 12 Tahun

Ismael bin Rosbi

1) Tempat Ke-3 bagi Kategori Berpasukan FITA Lelaki 12 Tahun

3) Tempat Ke-10 bagi Kategori Individu Keseluruhan FITA Lelaki 12 Tahun

Semua kejayaan yang dicapai di atas adalah hasil berkat usaha anak-anak SRIH ini yang gigih menjalani latihan hampir setiap hari sejak penghujung tahun lepas. Semoga kejayaan ini memberi dorongan kepada Muhammad Arieff Haikal dan Ismael untuk terus cemerlang dalam akademik pula, apabila masing-masing akan menduduki peperiksaan SPPIM dan UPSR tidak lama lagi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah khususnya Pengerusi Lembaga Prof. Md Nor Bakar, Pengetua SMIH Pn Fauziah Ab Salam (memberi pelepasan kepada Us Ezaidin sebagai jurulatih), Guru Besar SRIH Ustaz Jelani Ramly, Timbalan Guru Besar SRIH Ustazah Rohaida Ridzwan dan kesemua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tidak lupa kepada semua Hidayah Archers yang memberikan saingan kepada mereka berdua. Terima kasih. Jazakallahu Khairan Kathira.

PETIKAN SURAT UNTUK IBU……

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal..

Mak…..
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….
Mak tau tak…..
Itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa……

Dan itu juga terakhir kali nya.Emmmm…
Rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
Nak tinggal kan anak2 mak…..
Nak tinggal kan dunia fana ni…..

MAK macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
Kakak pun rasa hairan…..
Mak tak penah buat gitu…..
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
Tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ……
Kengkadang siaran indonesia ..
Mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2…..
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..Paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari…..
Ada kat dalam dalam beg….. Ada dalam ASB…..
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi….
Ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar….
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
Mak cuma gelak jer….
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/2006 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
Mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
Mak tetap takmau pi hospital…. .dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
Tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor…
Ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju… ..
Mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..

Mak…..
Ampunkan kami semua…
Kami nak mak sehat…
Kami sayang mak…
Kami tak mau mak sakit… Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital…
Ampun kan kami yer mak….

Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospitaldan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula…
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
Mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kiter sampai….
Mak buat kenduri kesyukuran.. ….
Dan kiter masih ingat lagi…
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..

Mak….
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
Mak, kiter menipu mak kan ..ampon kan kiter….

Mak…..
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital….
nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .
kannn
Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong.. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …..
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….

Mak…..
Kiter masih ingat lagi…
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….

Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak..!
Takpa la….
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir…..
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk……
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah…..
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…

Makk…
anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…
Mak tauu…
kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak…”
Dan akhirnya akak juga nangis…..Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..

Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan…
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…
Kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak Mak Yang Dah Tak Degil

Psst :
F.A.M.I.L.Y is one of the strongest words anyone can say..!
because the letters of FAMILY means :
Father And Mother I Love You ! ♥
Jangan Jadi Seperti Gambar Di Atas Tu..
Video Tentang Tinggal Ibu Lumpuh Di Hotel Bajet..
(Berita Di Akhbar Harian Metro Muka Surat 6)
Video Yang Dirakamkan Oleh Harian Metro * myMetro
(Klik Link Dibawah)
==>http://www.youtube.com/watch?v=IkKL1sWMpEM

HIDAYAH ARCHERS CEMERLANG LAGI

This slideshow requires JavaScript.

Stadium Mini Daerah Pontian 24-26 Feb 2012 – Hidayah Archers sekali lagi membuktikan kehebatan di peringkat negeri Johor apabila berjaya mengungguli saingan bagi kategori yang dipertandingkan. Kejayaan Hidayah Archers dimulakan dengan penguasaan bagi kategori L12 apabila Muhammad Arieff Haikal bin Ezaidin menjadi Johan Keseluruhan buat tahun kedua berturut-turut apabila beliau menyumbangkan 5 pingat emas dan 1 pingat perak daripada 6 pingat yang dipertandingkan, diikuti Ismael bin Rosbi apabila mendapat tempat ke-3 keseluruhan. Beliau menyumbangkan 1 emas, 2 perak, 3 gangsa.

Kejayaan ini seterusnya disumbangkan oleh Maisarah binti Kursus @ Othman apabila mendapat tempat ke-3 bagi jarak 30 meter dan tempat ke-4 bagi jarak 70 meter individu dan seterusnya membantu team Johor Bahru mendapat tempat ke-3 berpasukan P18 Tahun. Ungku Muhammad Asyraaf bin Ungku Mohsin mendapat naib johan berpasukan manakala Daniel Hakim bin Mohd Kasim dan Abdullah Marwan bin Mohd Khair mendapat tempat ke-3 berpasukan.

Selain daripada itu, Muhammad bin Rosbi juga telah menyumbang pingat emas bagi acara berpasukan bersama Ismael dan Arieff Haikal. Bagi kategori P12 pula, gandingan Nurin Hanisah binti Shahrin, Nursofie Batrisyia binti Sanip dan Nurul Fatihah binti Ahmad mendapat tempat ke-3 berpasukan keseluruhan.

Tahniah kepada semua pemenang. Selepas ini, Muhammad Arieff Haikal dan Ismael telah terpilih mewakili negeri Johor ke Kejohanan Memanah MSSM peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuantan, Pahang dari 11-17 Mac 2012. Doakan mereka berjaya membawa nama Hidayah ke mercu kejayaan. Insyaallah. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama kepada guru pengiring, Ustaz Azri Ali, Bro Shafie Sadikin, Us Md Nor dan Ust Saidah. Juga kepada Puan Pengetua Ust Fauziah, Guru Besar Us Jelani, Timbalan Guru Besar Ust Rohaida dan lain-lain atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Semoga HIDAYAH terus menjadi JUARA. Takbir!!!!! ALLAHU AKBAR!!!!

HIDAYAH ARCHERS MENGUNGGULI SAINGAN MSSD JOHOR BAHRU

This slideshow requires JavaScript.

Hidayah Archers telah berjaya mengungguli saingan di Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah (MSSD) Johor Bahru yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara pada hari Sabtu 11 Februari 2012 baru-baru ini. Pada kejohanan tersebut, Hidayah Islamic School telah menghantar kontinjen terbesar dalam sejarah MSSD Johor Bahru iaitu seramai 19 orang peserta bagi semua kategori Lelaki/Perempuan 12 Tahun, Lelaki/Perempuan 15 Tahun dan Lelaki/Perempuan 18 Tahun. Setelah dikejutkan dengan bayaran sebanyak RM50 untuk seorang peserta (RM950 keseluruhan), mereka ternyata tidak menghampakan apabila mengungguli hampir kesemua saingan kategori yang dipertandingkan. Lebih manis, apabila terdapat seorang Archer kita yang berjaya menewaskan seorang pemanah pelapis SUKMA Johor. Alhamdulillah.

Kontinjen kali ini juga diperkuatkan dengan Junior Archers yang masih berada di Tahun 3 sebagai pendedahan untuk persiapan menghadapi saingan tahun 2013 dengan harapan Junior Archers ini akan menjadi pelapis kepada abang-abang dan kakak-kakak mereka yang ke kategori yang lebih tinggi. Insyaallah.

Berikut adalah keputusan penuh kejohanan tersebut yang melibatkan Hidayah Archers.

KATEGORI L12 TAHUN

1. Muhammad Arieff Haikal bin Ezaidin – JOHAN

2. Ismael bin Rosbi – NAIB JOHAN

3. Muhammad bin Rosbi – KETIGA

KATEGORI P12 TAHUN

1. Nursofie Batrisyia binti Sanip – JOHAN

2. Nurin Hanisah binti Shahrin – NAIB JOHAN

3. Nurul Fatihah binti Ahmad – KETIGA

KATEGORI L15 TAHUN

1. Daniel Hakim bin Mohamad Kassim – JOHAN

2. Abdullah Marwan bin Mohd Khair – KETIGA

KATEGORI P18 TAHUN

1. Maisarah binti Kursus @ Othman – JOHAN

KATEGORI L18 TAHUN

1. Ungku Muhammad Asyraaf bin Ungku Mohsin – KETIGA

Kejayaan yang dicapai di atas tentunya adalah berkat sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi daripada pihak sekolah SRIH dan SMIH terutamanya kepada Ustazah Fauziah binti Ab Salam (Pengetua SMIH) dan Ustazah Rohaida binti Ridzwan (Guru Besar SRIH) yang banyak memberi sokongan, tidak lupa juga kepada guru-guru pengiring Us Azri bin Ali, En Shafie bin Sadikin (SMIH), Us Md Nor bin Omar, Us Salleh (SRIH) yang banyak membantu ana (Us Ezaidin bin Norman) dalam melatih dan menguruskan Hidayah Archers ke kejohanan berkenaan.

Selepas ini, 10 orang Hidayah Archers di atas telah terpilih untuk mewakili daerah Johor Bahru, ke Kejohanan Memanah MSSJ (peringkat Negeri Johor) yang akan diadakan di daerah Pontian pada hujung bulan Februari ini. Doakan kejayaan yang berterusan kepada anak-anak Hidayah Archers ini, semoga lebih cemerlang dalam menyebarkan dakwah melalui sukan SUNNAH Nabi Muhammad S.A.W ini. Insyaallah. Amin.

MISTERI HAJARUL ASWAD

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam”. (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )